Maafkan aku wahai sekeping kain hitam
Menyucikan debu-debu kotor dan pahitnya hempedu; dari sumpah seranah dan lidah mentah
Lidah-lidah dari bibir-bibir dari suara-suara
Manusia yang gelojoh berkata-kata
Kerana undang-udang itu direka dengan kebusukan tangan manusia
Bukan dengan menyanjung Kitab teragung
Dan Hudud? Ha ha ha. Cucuku nanti belum tentu dapat merasa.
Maafkan aku wahai sekeping kain hitam
Aku sedang buat kau dipersenda dan dirobek
Tapi, kau tahu bukan? Betapa aku sangat lenang bila kau menutupi wajahku
Menjadi tirai besi yang menghadang duniawi
Walau terkadang aku tidak mampu membau udara di sekelilingku
Tapi nikmat berada di bawah perlindunganmu? Tiada perkataan seribu mampu terucap.
Dari kau aku belajar
Menjadi lebih baik dari semalam
Walau esok, kebusukan tangan mana lagi yang akan menyobek?
Aku tidak tahu
Kerana aku juga bukan terlalu wangi
Untuk mengadili.
Tapi, cukuplah bencana ini menindas;
Suci sekeping kain hitam yang putih menjernih.
.pemula.
No comments:
Post a Comment