6.01.2014

berita sedih semalam

dinding kamar pun terbuka
mendedahkan yang selama ini rahsia. tertutup
betapa malu aku
mahu pergi padaMu
membawa cebis-cebis yang tak lengkap
kerana separuhnya terlebih awal aku beri pada yang lain

dan aku kedinginan sejuk
tanpa cebis-cebis lain
yang dahulunya sempurna Kau beri

aku menadah muka
penuh lopong
separuh jiwa meminta yang lain
dan Kau beri aku yang baru, lengkap berkaki, bertangan
memeluk aku pedih

dinding kamar pun terbuka, lagi
memalit separuh muka

No comments:

Post a Comment