6.06.2014

Cinta itu Racun.

Aku setuju. Benar-benar setuju kalau dikatakan cinta itu ibarat racun. Lebih pahit dari hempedu. Entah, untuk rasa ini aku tidak tahu membezakan kerana aku tidak pernah makan hempedu; aku juga tidak pernah minum racun. Tapi bukti yang kuat untuk aku mengatakan cinta ibarat racun adalah kerana cinta itu MEMBUNUH. Ya, macam pisau. Oh, barangkali macam keris yang kau libas-libas waktu upacara silat. Tapi keris itu berpusaka, cinta tidak. Cinta; berpuaka.


Kawan,
Cinta bagi aku telah banyak kali membunuh. Namun dengan cinta juga, aku hidup semula. Bangun dari rebah, berhenti dari mengalah. Namun hakikatnya, aku masih merasakan cinta itu umpama racun, sebab ia pahit dan tetap akan membunuh, walaupun entah ke berapa kali aku hidup semula.

Mati-Bangun-Hidup-Semula
Cinta itu tetap ku ibaratkan seperti racun.

Kecuali cuma satu
Yang menjadikan ia sebagai PENAWAR,
Hanyalah apabila kau meletakkan cinta Tuhan
dan cinta Rasul
Sebagai obat paling mujarab.


.pemula.

No comments:

Post a Comment