Entri demi entri adalah perihal tentang diri yang menyedari bertapa sekejap diri ini dekat dengan Tuhan, dan sekejap lagi bagai langit dengan bumi jaraknya. Tuhan maha mengerti bukan? Tetapi kita manusia ini yang gagal mengerti diri kita sendiri.
Lalu, aku menitiskan air mata. Hmmm... Kadang tak sempat menitis pun kerana air mata itu tersekat pada hal-hal bernama keegoan, yang sampai kini tidak pecah-pecah.
Aku cuma... Ingin bercakap dengan-Mu, Tuhan.
Mengapa hidup ini ku rasa cukup tolol, dan sampai bila ketololan ini akan padam?
Namun, selagi aku punya Kamu, aku tidak akan menyerah. Sekalipun tidak. Kerana aku tahu, Kau mendengar aku.
.pemula.
No comments:
Post a Comment