7.01.2014

Dongeng Cermin.

Cuba kau berdiri tegak kemudian memandang sebingkai cermin kaca jernih di hadapanmu. Pasti kau lihat ada tubuh, ada mata, ada bibir, ada hidung, ada helai-helai rambur hitam yang terbuai lembut oleh angin petang... Nah, sekejap lagi senja. Aku yakin, bayang-bayang di hadapanmu itu nanti akan hilang.

Kemudian gelap akan bertukar cahaya; dan bintang-bintang kejora pun mula menampakkan bucunya. Teruslah kau berdiri dalam kepekatan gelap ini. Saat bayang-bayangmu sudah tidak kelihatan, kerana yang cuma kedengaran adalah bunyi-bunyian dari sang unggas dan serangga-serangga comel. Mereka semua menjadi pedoman melagukan kesepian malam.

Kini tinggal kau. Tanpa siapapun dan tanpa apapun. Termasuk bayang-bayangmu sendiri. Ya, bayangmu telah terjerembap ke dasar lantai yang tidak nampak lagi. Kerana putaran matahari dan bulan pada orbitnya ternyata masih patuh ada Tuhan mereka.

Jadi, gelap dan sendirian kau sahaja sambil berdiri di hadapan cerminmu.
Kerana sebentar lagi, cerminmu akan mula berdongeng.



.pemula.

No comments:

Post a Comment