Suasana pejabat seperti biasa. Masing-masing tekun - ada yang tekun berkerja, ada yang tekun chatting di Facebook.. Masing-masing mendominasi laptop dan meja kerja. Dan aku? Kelihatan sedikit moody kerana sakit bulananku. Namun, pagi-pagi lagi aku telah menceroboh rak-rak buku untuk mencari tulisan-tulisan idamanku. Nah, jumpa buku Bang Andrea: Sang Pemimpi. Aku belum baca ini. Siaplah, aku lunyaikan!
Jangan berhenti.
Haish... Terlalu pantas ombak kehidupanku pasang surut; sampai aku benar-benar hampir tenggelam kerana badai samudera ini ku rasakan tidak bertepi sisirnya...
Semalam ku bahagia
Esok ku duka
Kelmarin ku suka
Boleh jadi lusa ku luka...
Begitulah. Tapi siapa aku untuk berhenti? Tidak, mana boleh. Aku bukan sepengecut itu. Namun, kadang-kala kegagahanku teruji saat aku merasakan ada apa dengan dunia yang aku cari?
Percayalah, dunia ini tiada nilai pun di sisi Tuhan. Malahan jika dibandingkan dengan sayap nyamuk, dunia ini lebih kolot, lemah, dan sia-sia!
Ya, sia-sia!
Kalau yang kau cari cuma cinta dunia, cinta manusia, cinta muda, dan cinta pesta! Habislah, nanti kau akan rasakan bahawa dunia tidak ada yang hebatnya melainkan azab sebelum kiamat.
Lantas, tidak banyak hal lagi yang aku kejar di dunia ini. Cuma saki-baki catatan yang tertinggal; adalah menjadi sang patriot untuk memerdekakan kedua orang tuanya. Rasanya itu saja.
.pemula.

No comments:
Post a Comment