Buat Aku,
Yang entahkan bila ingin terus menunggu
Bukankah Tuhan telah kata bumi cuma sementara
Maka untuk apa aku mengenang
Sukar yang enggan berganjak
Pasti, waktu aku akan selesai
Sebelum sempat aku melelapkan mata
Barang sesaat-dua.
Buat Kamu,
Yang entahkan bila akan puas aku nanti
Mengapa cinta itu buat kita alpa
Sehingga nikmat madunya menjadi hampas
Dalam kusutan sabut yang berserabut
Aku masih menanti. Ya, itu pasti.
Tapi Tuhan berbicara;
Bahawa esok belum tentu ada..."
Lalu,
Aku berhenti di sini,
Lelap sendiri.
.pemula.
No comments:
Post a Comment