Malam pekat - sepekat dosa-dosa yang diterakan oleh aku sewaktu menapaki kawasan Tuhan bernama bumi.
Aku, dalam keadaan paling penat, semakin berjaga-jaga, khuatir akan kembali tersadung pada tanah.
Allah... Tubuh kerdilku tidak membenarkan bicara untuk diri aku sendiri. Siapa yang menjadi hakim? Siapa pula peguambela? Entah - kerana aku benar-benar menjadi kelabu.
Allah... Jangan kau hukum aku kerana aku adalah aku. Taktala aku sedang berusaha keluar dari jasadku sendiri supaya rohku terselamat dari dibunuh jasad aku sendiri.
Allah... Aku tahu, dosa ini akan diterakan nanti pada hamparan kontang bernama mahsyar. Tetapi sebelum itu, izinkan aku meneguk segelas air masin hasil daripada ihsan imanku yang bermusuhan dengan nafsu.
Tidak mudah, menjadi diri aku. Sedang roh bergantungan pada hal ghaib yang menakutkan.
Tetapi aku bersyukur, kerana Tuhan masih lagi menjentik rasa sesal - taktala aku menjadi aku.
Aku hanya ingin pulang, dengan selamat.
,pemula.
No comments:
Post a Comment