2.22.2015

Monolog Maaf

Monolog maafku terucap buat Engkau
Buat Engkau yang aku sakiti secara sengajaku
Buat Engkau yang aku ingkari secara diamku
Buat Engkau yang aku endahkan tika azan menjelma.

Aku. Ya, akulah
Manusia yang tak pernah mahu rasa mulia
Kerana kebejatan iblisan yang menari tidak mampu aku tahankan
Benakku, sukmaku, siapa tahu? Barangkali ia lebih legam dari langit tanpa bulan.

Aku. Ya, akulah
Manusia yang terjeruk basah dengan dosa
Taktala meniti jalan-jalan jahiliah yang berdebu kesat - sesat
Jiwaku, batinku, siapa tahu? Hancur luluh demi mengucap kata taubat - dari langit-Mu.

Dan Engkau terus di situ, tidak berganjak
Mengampuni aku tanpa berkira tentang dosaku
Menyuapkan aku makanan agar tidak kempis perutku
Dan memeluk aku agar aku tidak menggigil dalam dosa yang berpanjangan.


Monolog maaf ini, aku tujukan khas buat Engkau. Engkau, Tuhanku yang MAHA ESA. Agar Engkau tahu sakitnya jiwa ini yang berselirat dengan noda.


.pemula.

No comments:

Post a Comment