Aku pernah belajar daripada seorang lelaki, bahawa jangan jilat semula lidah sendiri.
Aku juga pernah belajar daripada ramai wanita, bahawa mereka ingin masa berputar semula - agar dikembalikan peluang untuk mereka merubah diri.
Aku juga, selalu sahaja menjadi mangsa masa lalu.
Ada orang yang sangat takut berhadapan dengan masa hadapan mereka - sangat... sampai membuat mereka tidak senang duduk setiap saat memikirkan tentang masa hadapan yang misteri, ternanti-nanti.
Tetapi buat aku, ketakutan yang sebenar adalah ketakutan terhadap masa lalu. Masa hadapan aku; sesukar mana, seperit mana - moga-moga aku dapat menghadapinya kerana aku sudah punya masa lampau yang berkabung duka. Yang menumbuhkan akar banar yang kuat untuk menampung jasad aku dari jatuh.
Meskipun aku harus mengaku bahawa masa lalu adalah history, masa sekarang adalah reality dan masa hadapan adalah mystery,
Tetaplah aku takutkan sejarah itu melebih misteri - kerana aku tidak mahu sejarah itu berulang kembali.
.pemula.
No comments:
Post a Comment