kerana jasad dan jiwaku telah terlalu hina dan jijik
lantas aku mengharapkan agar sebuah pernikahan dapat
menjernihkannya
dapat membasuh sedikit cela huduh dan lumpur yang selama ini
mengesat di tubuhku
hingga aku jadi tak tahu
hingga aku hilang langkah dan sentiasa bergelap
hingga aku terbaring-dampar di atas gelap
hingga aku memasuki ke dalam gelap
dan menangis berlama-lama di dalam gelap itu
aku cuma mahu ikatan itu membersihkan segala dosa yang telah
aku cipta
yang aku muntahkan menjadi serdak-serdak berkeladak
yang meracuni seluruh penghidupanku siang dan malam
ampunkan aku Tuhan – taktala aku berlagak mulia dan meminta
sesuatu yang mulia
sesungguhnya hanya kau sahaja yang mengetahu siapa hamba-Mu
ini
dan di sebalik apa, wajahku yang sebenar disembunyikan
aku tak ubah – bagai debu-debu terbang – ringan dan tak
bertapak
tak berhaluan – terlalu mudah hanyut – lalu hanyut dan…
hanyut lagi
kemudian aku berenang semula ke tebing
memeluk balak terapung agar aku selamat
tetapi kemudian aku hanyut semula
dan tenggelam perlahan-lahan, tidak bernafas
yang tinggal CUMA pengharapan pada Tuhan
agar aku dikembalikan semula ke tempat asalku
dalam keadaan selamat, tidak terjerat
betapa aku selalu mengharapkan itu, Tuhan
Selalu
dan terlalu.
.pemula.
No comments:
Post a Comment