7.08.2015

Du-ni-nya.

Du-ni-nya.

Aku tahu, Tuhan,
dunia ini kerdak
ibarat debu-debu
ibarat pepasir ringan
ibarat batu-batu apung
malah lebih tak bernilai
jika dibandingkan dengan
sebelah sayap nyamuk

Aku tahu, Tuhan,
tetapi dalam tahu itu
aku mahu merayu
kalau-kalau ada bahagia
dari nombor satu hingga seribu
ingin aku tuliskan
nama ibu dan bapaku dahulu.

Aku tahu, Tuhan
dunia ini tidak mampu membeli sayang
meski sayang mudah digadai kerana dunia
tapi ada satu hal yang aku minta
tolong jangan buat senyum mereka tawar
aku cuma mahu, Tuhan
menebak dosa-dosa lama
dan lihat mereka bahagia.


.pemula.





No comments:

Post a Comment