9.10.2015

Kabut.

Kabus menebal
membaluti kotak-kotak simen ibu kota
aku memandang
dengan hampa.


Kabut kelam
menjadikan awan tidak lagi mesra
aku menjengah
dengan kecewa.


Barangkali aku bukan anak burung yang cerdik
liar aku tanpa batas
tapi ke sarang jua - ingin ku pulang.
namun sangkaranku telah berkecai.


Seperti jantung yang terluka
kerana dihunus pemburu celaka.


Kulihat awan itu lagi
dengan mata merapat
serta nafas menyendat.
sambil bertanya,

"Adakah hal yang lebih seksa?
daripada dibuang keluarga sendiri."


.pemula.


No comments:

Post a Comment