Petak-petak tingkap di hadapan aku seolah-olah petak-petak penjara. Dan langit yang mendepa di luar nya ibarat padang yang memisahkan aku dengan duniaku.
Manusia yang tidak hidup dalam dunianya, sebaliknya tinggal dalam dunia yang bukan dunianya.
Aku meraung dengan harapan suara aku sampai sepelaung. Tapi, janggal. Cuma ada suara burung mencicip kecil, suaranya langsung tidak kuat - bahkan tidak mampu melangkau sangkar.
Dan suara kecil itu adalah suara jiwaku. Mengecil dan bakal hilang bila-bila masa. Kerana suara itu bertembung dengan suara yang tidak disukainya. Tidak sepadan dengan lenggok suaranya.
Bila dua jiwa asing mahu disatukan - ia adalah keberatan nyata - tak terpikul.
Salahkah suaraku, Tuhan?
.pemula.
No comments:
Post a Comment