10.22.2015

Terbang.

Aku mengambil tempat duduk dengan sopan. Betul-betul bertentangan dengan pentas. Di sebelahku duduk sang ratu hatimu.

Pemergian adalah sebuah kemestian. Tersama pasti itu adalah seakan perit yang dibawa bersama arwah bapamu dahulu.

Kita sama-sama berasa kehilangan, Cuma aku tidak menanggung rasa derita sebagaimana kau.

Tapi bila nama-mu dipanggil dan kau di atas pentas momen itu ibarat merpati jinak yang sedang terbang, mendekati kejayaan hidupmu sendiri, membuat semua di situ mengakui bahawa kau sedang tinggi.

Dan tempat duduk itu adalah tempat yang telah dikosongkan oleh bapamu, lalu diduduki oleh aku. Sementara aku masih sempat mengucap rasa kesanggupan dan penghargaan.


p/s; Tahniah, kawan! Lihat kau terbang, buat aku senang.






No comments:

Post a Comment