dan aku hanya perlu berdiam - bersahaja - bergurau senda atas nama derita.
Hidup... inilah kematian. Dan kematian adalah permulaan kepada kehidupan.
Lalu aku berasa mati di sini. Di saat yang tinggal cuma doa-doa cemar
doa yang ku mahu kirim pada Tuhan tetapi terlalu banyak sekatan.
Tersenyumlah wahai bibir; agar kau tahu senyuman itu mengukir sepalit bahagia
Walaupun semuanya hanya pura-pura.
Biar nanti langit runtuh di bahu-ku
aku siap memaafkan segala kehinaan itu.
.pemula.
No comments:
Post a Comment