3.05.2016
Review buku Dari Gelap Menuju Terang
*genre
-buku inspirational / autobiografi / fact / true life journey / true story
*penulis
- Zulaikha Adam.
-graduan Akademi Pengajian Melayu dalam bidang linguistik melayu, Universiti Malaya.
-editor Telaga Biru.
*Halaman
- 157
* harga
-sm : rm18
-ss : rm20
*Terbitan
-Telaga Biru
# 1st impression tentang buku ini ialah cover yang menarik perhatian. Susun atur & gambar yang ada pada setiap muka surat juga tidak mengecewakan. Sangat mesra pembaca dan kemas dengan qoute2 menarik daripada ramai selebriti ilmu.
#Ini antara satu kelebihan naskah terbitan telaga biru. Produk yang sangat menitikberatkan kualiti. Tahniah Telaga Biru!
#Tambahan pula, aturan gambar autentik Faiq Adnan seakan-akan berbicara dengan pembaca. Lalu saling menjalin untuk menghidupkan buku ini. Sesuailah dengan genrenya- "karya berbentuk inspirasi" yang dibawakan penulis.
# berbalik kepada karya ini- naskah ini menceritakan tentang Faiq Adnan -seorang mahasiswa Akademi Pengajian Melayu-Universiti Malaya dalam mengenal potensi diri yang sebenar.
#Menariknya, penulis dan Faiq Adnan merupaka rakan baik di Universiti. Perkara ini memberi nilai tambah kepada penulis untuk mengupas subjek secara telus dan autentik. Menarik bukan?
Menelusuri perjalanan dan pencapaian subjek merupakan perkara yang sering kali memberi inspirasi kepada penulis. Lalu, terpanggil untuk berkongsi semangat kepada umum, Zulaikha Adam mula mengumpul data menyeluruh tentang kehidupan Faiq Adnan. Sangat memotivasikan dan penuh dengan emosi.
#corak penulisan oleh penulis muda, Zulaikha Adam juga amat mengujakan. Pengalaman menghantar karya cerpen dan puisi ke media sosial akhbar dan majalah online memberikan satu gaya penulisan yang simbolik baginya.- penulis dari hati.
Antara karya lain penulis yang tak rugi dibaca ialah cerpen siaran Berita Harian- Wanita dari Sampoerna. Sangat menarik!
#Gaya bahasa yang teliti dan bernada puitis memberi pengalaman pembacaan yang beremosi. Apa yang boleh dikatakan-penulisan yang baik melalui pemerhatian yang baik.
#Ditebak mengenai inspirasi menyiapkan naskah ini, penulis cilik yang ramah itu tanpa berselindung membuka cerita tentang adiknya. Dipanggil "Abang" dan juga merupakan anak istimewa merupakan pengikat kasih sayang dan ketabahan mereka sekeluarga.
#Faiq Adnan pula bukanlah calang2 mahasiswa. Biar cacat penglihatan, dia aktif menyertai pelbagai aktiviti dalam dan luar negara. Antaranya mewakili Malaysia dalam sukan Paralimpik untuk sukan bola sepak. Antara yang paling diingati ialah kejayaan merentasi Selat Melaka dan namanya diabadikan dalam Malaysia Book of Records.
#Ternyata Faiq Adnan kekurangan, namun ianya bukanlah penghalang untuk dia berjaya! Sangat memotivasikan.
#Buta- tapi wakil Malaysia bermain bola sepak
#Buta -tetapi merenangi selat Melaka.
#Buta -tapi wakil negeri untuk Tilawah Al-Quran
#Buta- tapi sebagai Presiden untuk Permium Universiti Malaya.
#Buta - tapi pelajar yang dedikasi.
#Buta -tapi aktif bernyanyi.
#Buta- tapi berjaya!!!
"Yang diciptakan Allah itu tiada yang sia-sia" :)
Life is amazing !!! Have faith.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment