Diatas bas, aku menulis dengan samar cahaya. sedang asyik menata idea, bus berhenti pelan. Gamit dengan halangan di depan. "Ya Allah, kemalangan!" Remuk lori tu kau memang tak dapat bayangkan, ngeri...
Bus jadi goyah, terhenti di tepi, bunyi bising dicipta manusia bagai mesin padi mengaut hasil. 'kbunmmm! Bunyi aneh yang tak siapa mahu dengan saat jam 3 pagi jadi pengelu akal buat aku... dan rasanya buat semua yang ada termuat dalam rongga petak itu. Suara tak terluah, nafas jadi terlupa mana lubang hidung.
Semua panik. mula mencari Tuhan, pelindung tepat saat itu. Neon-neon lampu polis dan bomba jadi pesta keramaian sebentar. Selamatkan semuanya Tuhan. Aku mula menoleh-noleh penghuni petak yang lain, mana semua orang. Tak terpandang orang saat itu, takut.
Tiba-tiba, telinga mula menangkap kabur-kabur suara, namun ia memberi tenang pada jiwa.
"owh, ibu di belakang berselawat mendodoikan anaknya. Mungkin panasaran juga dengan peristiwa kalut itu.
Astaqfirullahhalazim
Astaqfirullahhalazim...
Sang ibu meniup lembut ubun-ubun anak kecilnya.
Senyum, paling depan, senyum lagi... cara aku.
kini, rasa risau cuma istilah kamus, tak tumpah duduk pada arash rasa.
berkat doa ibu
sang malaikat pun tahu
betapa bertuah kami
dan dirahmat lagi saat itu
tatkala selawat sang ibu
menjadi lantera menerangi
buat kami yang menumpang sirna..

No comments:
Post a Comment