Aku tahuaku tahu nampaktampak. Semua itu jelas sahabat. Bukan dari mata-tapi jiwa-dicicah rasa-pahit-pedas-berkari. Aku rasa apa saja yang kau rasa. Tapi mungkin cicah originalnya tidak sampai pada indera rasa lidahku. Aku rasa cumarasa. Kamuakukamu.
Sahabat.
Akukamuaku.
Sahabat.
Andai kau tahu bahagia aku ini adalah longgokan dari bahagia yang engkau kumpulkan dari serpihan-serpihan sampah tidak berbau. Lalu apa? Lalu serpihan itu yang kau lekatkan dan cantumkan kemudian membulat menjadi longgokan bahagia yang buat aku tersenyum pada saat ini. Untuk usaha ini; aku cuma boleh titip sejuta tanda kasih yang tidak pantas dinilai dek harga.
Sahabat.
Singsingkalah Dukamu; Labuhkanlah Bahagiamu.
Biarlah hujan itu menempias kulit dan pipimu.
Biarkanbiarkan. Mereka juga mahu bahagia. Mereka bukan mahu lihat kamu derita.
Jangan bertanya pada hujan, pasti ia tidak tahu jawapannya?
Tetapi tanyalah pada Tuhan?
Sahabat.
TuhanakuTuhankamu
AkudanKamu.
Singsinglah Dukamu; Tanyalah pada Tuhan. Dia pasti ada jawapan.
Sahabat.
Singsinglah Dukamu; Labuhkanlah Bahagiamu
Aku ada Kamu
Kamu ada Aku.
Akudankamu
Ada Tuhan.
.pemula.
No comments:
Post a Comment