Tuhan,
Benarkah kau bersama orang-orang yang asing?
Jadi, kau sedang bersama aku bukan?
Tuhan,
Depanku ada langit yang luas terbentang
Dari zat yang Kau ciptakan dengan sengaja
Watak-watak baru dengan kesakitan
Mula menari di layar lakonan.
Ah, hipokrit!
Tuhan,
Depanku masih ada pengharapan yang luas
Biarpun tanah-ranah mulai melumpur
Kerana hujan palsu yang ku ceritakan tadi
Benar-benar larut diuji hati.
Ah, manusiawi!
Tuhan,
Lalu izinkan aku berdepan
Dalam keterasingan ini
Aku pergi bukan kerana aku pengecut
Tetapi kerana aku asing
Di bumi sendiri.
Jadi, izinkan aku Tuhan
Untuk terus merasa asing.
.pemula.
No comments:
Post a Comment