6.23.2014

Rontgen.

Sekeping Rontgen aku kutip semula selepas mencampakkan dengan penuh amarah. Sekeping Rontgen ini langsung tidak bersalah tetapi amarahku terlempiaskan dengan cara yang salah. Maafkan aku Rontgen, aku tidak sengaja. Betul.

Setelah itu, aku bertenang kembali. Ambil air wuduk dan sujud bertemu Tuhan. aku mengadu.
Tuhan... itu...
Tuhan... ini...
Tuhan... apa...
Tuhan.... bawa...

Segalanya Tuhan
Segalanya Tuhan

Tapi aku masih lagi tidak rasional dalam banyak doa, kerana segala watak yang ku pendam selama tiga tahun di bumi Malaya ini berselang-dansa dengan riang-ria; padahal aku sedang menangis! Gila!

Tuhan Segalanya
Tuhan Segalanya

Kalau ada ubat lumpuh ingatan, aku ingin telan berdoz-doz. Jelas, bodoh kan aku? Tapi seksa benar meraikan tarian riang-ria pelbagai watak yang telah kurendam selama tiga tahun dalam lubuk hati yang berkeladak.

Lalu, air mata perempuan ini memang tak pernah menang dengan ego. Cengel! Dan ku lihat muka Rontgen. Mata satu dengan air mata berbentuk love. Seperti aku kah, Tuhan?


Tiga tahun memang tidak akan menyelamatkan aku dari sebarang kelupaan. Kalaupun berdozen ubat tidur itu telah ku telan kelat, tapi aku jamin, tarian riang-ria pelbagai watak yang pernah hidup selama tiga tahun ini tidak akan mati.


Syukur Tuhan
Ah, baru degar kau bersyukur setelah puas kau mendengus.

Syukur,
Aku dapat dakap perempuan-perempuan itu sebelum sempat mereka menari-dansa.
Dan lelaki-lelaki itu, belum sempat aku temukan kerana aku sibuk menilik air mata berbentuk love dari muka Rontgen.


.pemula.

No comments:

Post a Comment