6.22.2014

Hujan Palsu Lagi.

Selepas guruh di langit itu berdentum, aku sudah tidak dengar suara
Kerana yang ada cuma gelisah sang perawan nestapa.

Tergolek aku setelah ditolak dari arah langit
Lalu jatuh sampai mencium bumi sedasarnya.

Dan nota-nota akhir peperiksaan yang separuh lunyai
Asyik dihempap linangan bertimpa-timpa.
Aku senyum dan bertahan...

Tapi air mata itu tidak salah
Kerana sebak sudah tidak mampu ditahan rasa
Siapa aku untuk diuji sebegini?
Siapa mereka untuk menjadi juri?
Lantas aku menjengah ke luar jendela
Mencari jawapan daripada Sang Tuhan.

Bukan persoalannya siapa aku untuk diuji sebegini?
Dan bukan persoalannya siapa mereka untuk menjadi juri?
Tapi tentang Sang Tuhan yang mengizinkan
Hujan palsu untuk turun lagi.

Akhirnya bukan cuma hujan yang palsu
Tawaku, senyumku, makanku, minumku, belajarku,
Dan segala apa yang datangnya daripada aku
Itu cuma palsu.
Palsu; belaka.


.pemula.

1 comment:

  1. Aku tunggu kau dalam alza depan blok d sebelum balik rumah minggu lepas, tp kau tak muncul. Yang turun faz, aku tumbuk dia sebab tak bawak turun kau. Haha. Lai aku teringin nak peluk kau hari tu, semoga ketemu lagi oktober nanti dalam jubah dan topi. Salam sayang.

    ReplyDelete