Sang Pemula itu rebah
Sayapnya patah
Dan hilai ketawanya kini sudah tidak kedengaran
Kerana hebatnya manusia menghukumi dia
Ya, manusia-manusia itu maksum! Kalah Nabi!
Menghukumnya bertubi-tubi
Sang Pemula dijadikan boneka; alat ketawa
Dan Setan dari penjuru kanan sedang berdekah-dekah.
Mahu apa lagi?
Setelah rebah. Ketawa dan senyum kelat bukan lagi ganjarannya
Kerana apa yang dinikmatinya adalah kesakitan
Yang tertelan rakus oleh kerongkong rasa.
Maka, rebah saja.
Kerana kesakitan cuma ciptaan
Tangan-tangan tidak ber-Tuhan.
Tetapi yang paling menyakitkan
Kerana ditempelak bodoh
Oleh cinta sendiri.
Maka, rebah saja.
.pemula.
Kalau ikut novel bang andrea, miskin itu malapetaka. Tp malapetaka itu cuma luar, kita didalam yg patut menilainya. Sabar lai, tuhan bersama orang2 yang asing
ReplyDelete