6.27.2014

tragedi

aku ditakdirkan terbangun menjadi halimunan pagi tadi
ketemui dia yang halus, polos dan bermuka suci
sedang menangis kerana anak patungnya dicucuk-cucuk teman sekolah
tinggallah anak patungnya terobek dada, hilang jiwa
seperti mahu aku mendakap kedua-dua pilu ini dengan hati yang penuh
namum bagaimana? bila aku hanya si halimunan pagi tanpa jasad
memandang kekasih kecil yang sedang racau batin
lalu aku ambil anak patung terobek hati dari tangan kekasih kecil
dan kukeluarkan secebis hati aku yang masih berwarna
digabungkan sedikit dengan air mata bak embun milik kekasih kecil
kemudian ditampal didada yang kosong luka, mengharap ia bakal tumbuh segar jadi hati pelangi
dan bisa buat kau tak gundah sekali lagi

Hiduplah dengan sebahagianya, sayangku.

No comments:

Post a Comment