6.26.2014

Dari Jendela Tanpa Tingkap.

Ku kuak pintu; kosong
Ku rapatkan semula pintu; kosong.
Kemudian rebah beralaskan tilam tanpa cadar
Tanpa gebar tanpa kekabu bantal.
Hanya kosong yang kelihatan dari dinding batu yang bercapuk-capuk.

Aku kian rela.

Mungkin masanya telah tiba untuk ucapkan selamat tinggal pada semua
Pada guru, pada kawan, pada buku, pada bas, pada bukit, pada kafe, pada wifi, pada tandas, pada library, pada tasik, pada pelabuhan, pada monyet, pada ABC, pada KFC, pada itu, pada ini, dan pada semuanya.

Ya, masanya telah tiba untuk aku mengucapkan selamat pada semua hal yang akan aku tinggalkan; kosong tanpa kata-adanya.

Dan perjalanan seterusnya yang tanpa kaki ini, tidak aku tahu ke mana arah panahnya. Sedang aku cuma asyik merenung dari jendela tanpa tingkap.

Melirik awan kosong seperti kosongnya rasa. Kemudian mengakui takdir Tuhan bahawa masanya telah tiba; untuk aku meninggalkan semua.

Termasuk kau.... engkau.... dan engkau.

Dan atap yang selalu jadi saksi, bahawa aku selalu berkabung sendiri. Dengan awan, dengan hujan, dengan asap, dengan kesakitan.

Ternyata semuanya, tanpa kau... engkau... dan engkau.

Kini, bebas ingin melebarkan sayap, supanya semuanya lepas dari sangkar jendela tanpa tingkap. Tanpa rasapun, detiknya sudah tiba. Silakan.



.pemula.


No comments:

Post a Comment