Hidup sememangnya semacam suatu kepenatan yang terkadang dirasakan cukup luar biasa tenaganya. Hingga manusia yang gagah seperti badang juga boleh lunyai menjadi cacing bawah tanah yang melembap dan sembap, tidak bergerak-gerak; cuma ingin tidur dan makan tanah.
Semua kerana kepenatan menelusuri lorong dunia yang tidak kunjung tiba penghujungnya. Malahan, lebih dayus, kuat menipu!
Tambahan, dengan masa lalu yang memilukan beserta pakej lengkap garisan-garisan luka tanpa ubat yang parutnya kekal. Masa lalu yang benar-benar pilu dan kaku. Akhirnya, berhasil menghentikan setiap langkah-langkah kaki yang selama ini terlebih berani.
Tergelak sendiri
Menangis sendiri
Akhirnya, terpaksa berhenti dan menjadi kaku, seperti masa lalu.
Kerana dunia ini benar-benar menipu.
.pemula.
No comments:
Post a Comment