7.16.2014

Usha dari Dekat.

Kini, di hadapanku terduduknya seorang penulis yang ku kira namanya makin membunga dalam bidang penulisan. Aku akui, karya-karya beliau semakin bagus dan berseri-berseri, sambil tidak dapat menyangkal bahawa beliau berobsesi pada hal yang sama dengan obsesiku; tidak lain tidak bukan, takjub terhadap karya-karya Andrea Hirata yang sukses menghidupkan jiwa-jiwa yang lara.

Dan jujur, karya beliau telah berhasil memanfaatkan Tuhan dan alam, sebagaimana yang Mas Andrea telah berjaya lakukan sehingga benar-benar laku mengubah giat fikir pembaca. Beliau... Hampir-hampir berjaya!

Tapi untuk usha dari dekat ini, aku mengambil masa tiga minggu sejak berpraktikal di sini untuk mengesahkan bahawa memang benar beliau di hadapanku ini seorang penulis yang layak dikagumi kerana benar semakin beliau mengakui bahawa beliau adalah penulis kecil, semakin ligat aku melihat pusaran ilhamnya membuak menjadi benar-benar mengesankan hati apabila diluahkan dalam bentuk penulisan.

Terbaru, aku sedang menelek bukunya "Hidup Penuh Cinta" dan paling ku suka bahagian "Untuk Hidup yang Tidak Dimengerti." Lucu!

Selepas tiga minggu baru aku boleh mengiyakan, memang benar beliau yang aku usha dari dekat adalah penulis yang tidak asing lagi, biarpun selalu merasakan beliau kecil. Beliau,,, Bahruddin Bekri. dan di sini kami memanggilnya Baha. Dan aku sepatutnya memanggilnya, Encik Baha. Tetapi beliau cukup sempoi untuk panggilan Encik tersebut.

Dan untuk kategori penulis paling sempoi dan bersahaja, tetapi berkualiti tinggi, aku akan undi beliau. Dengan 10 undi!


Kunjungi blog rasmi beliau:
http://dingin.blogspot.com/

Aku paling suka imej beliau yang berabut pendek. Kacak seperti Beto :D


.pemula.



No comments:

Post a Comment