Bisu kembali mengherdik aku dan hujan kembali mengutuki aku, sedar bahawa aku sedang berlindung di balik rintik-rintiknya supaya tidak kelihatan aku sebagai seorang yang sedang menangis. Bisu ketawa memandangku sambil mengejek-ejekku dalam keadaan penuh jengkel. “Ha ha ha. Bukan kah kau kata kau ini mampu hidup tanpa manusia?”
Iman di hujung paling kanan, longlai macam ikan salai. Dan nafsu di sudut paling kiri sedang mula menampakkan taring bisanya. Tajam dan merbahaya. Aduh! Iman mengaduh kesakitan digigit nafsu tanpa ihsan. Namun aku tetap pura-pura tidak perasan akan kesakitan iman tersebut.
Buncah, lincah, gawat, sempit, sendat; ruang bisu kembali merasuki aku, lalu menarik aku memasuki dia. Bisu itu berjaya membuat aku kelu, kaku.
Ternyata, aku masih manusia sia-sia yang tiada apa-apa kecuali sahabat yang bernama kebisuan.
.pemula.
No comments:
Post a Comment