8.27.2014

Tiba-Tiba Aku Tiada

Bumbung. Aku menyaksikan langit luas dengan awan-gemawan yang jinak dengan angin. Unsur-unsur alam itu selalu menyatu demi memakmurkan bumi, mensejahterakan umat. Angin silir tidak henti-henti menyapa aku yang sedang berdiri menghadap takdir. Aku tahu, semilir itu sedang memujuk aku untuk jangan meratap. Akan tetapi, aku langsung tidak termakan dengan pujukan itu. Bukan aku sombong. Bukan. Aku sebenarnya malu. Malu pada angin yang tidak henti-henti berusaha siang dan malam, berusaha sekeras tenaga demi mengeringkan air mata yang terlalu banyak keluar dari badanku. Setitis jatuh ke tanah, boleh menjadi sebatang sungai yang mengalir deras. Maafkan aku angin, bukan maksudku mengendahkan kehadiranmu. Aku hargai kau, cuma biarkan sahaja aku menjadi diriku. Tidak menipu sesiapa, melainkan dia.


Persahabatan kita hadir dalam keadaan janggal dan kini memuncak dalam keadaan pelik.

Kau yang selalu bersandar di bahuku untuk mengesat air mata, lalu pada bahu siapa pula aku dapat bersandar?


.pemula.

No comments:

Post a Comment