Untuk ruang yang semakin kosong dan kejap
usah tanya bagaimana aku bermula
dan bagaimana aku berakhir.
kerana untuk sekian rasa dan peluang
ruang itu selalu sahaja sendat
tidak muat; untuk kita berdua berbaring bersama.
Aku
langsung tidak mengharapkan bayang-bayang samar mu
Aku
hanya ingin bisu dalam ruangan aku selalu.
Kau kawan
tapi bila masa? kau ada dalam ruangan ini?
Aku bermula dengan Aku
dan Aku berakhir dengan Aku
di tengahnya, bila masa kau ada?
.pemula.
No comments:
Post a Comment