Tulisan memberikan alasan untuk aku senyum semula
selepas parut-parut luka memedihkan aku
aku terjaga dari igauan palsu para hantu
air mata ingin berderai-derai ke tanah tapi tahu sajalah aku
mana mahu menangis, mana mahu menunjuk-nunjuk
tapi alasan tulisan itu tetaplah yang terkukuh
robek dan calar-balar hati aku; sekurang-kurangnya kau tidak
dapat hidu
itu yang aku mahu, itu yang aku mahu
kau,
pergi sahajalah kalau kau mahu
mengapa perlu berdalih kononnya kau romeo sejati
padahal kau selalu membiarkan aku terkulai sepi.
.pemula.
No comments:
Post a Comment