12.09.2014

Sayap Biru!

Duhai.

Sayap biru, aku ingat kau akan bawa aku keluar dari terowong ini
Tapi mengenalimu, membuat aku semakin jauh ke dalam
Sebenarnya aku hanya ingin menyatakan bahawa aku sedang takut
Tapi tak pula kau hulurkan zanji-zanji bersih
Supaya aku dapat mengecap tenangnya susunan awan
Aku kembali takut
Sama seperti waktu aku
Tidak mengenali kamu.


Duhai, Sayap Biru.

Ku harap kau tolong aku.



,pemula.

No comments:

Post a Comment