Cerita tidak akan pernah sama dengan dogeng
seperti engkau yang tidak akan pernah sama dengan dia
Kerana kau adalah cinta
yang terlalu besar maknanya
Sedangkan dia hanya pepatung terbang
yang hinggap sekejap di hati aku
Lalu selepas hujan berhenti
pepatung itu terbang semula
Tetapi kau, kekal di sini
di dalam hati, di balik emosi
Dua Kosong Satu Empat
Aku tinggalkan kau dengan berat hati
Dua Kosong Satu Lima
Aku mohon kau satukan hati-hati kami.
.pemula.
No comments:
Post a Comment