1.03.2015

Manusia Sederhana.

Ramai manusia yang takut untuk melakukan kesalahan
sedangkan dia tidak tahu dengan kesalahan-lah dia akan belajar mengelak dosa.

Ramai manusia yang takut meninggalkan cinta
sedangkan dia tidak tahu setelah dia memiliki cinta dia sudahpun memiliki segalanya.

Hidup adalah permainan sementara
pemainnya adalah kita
watak kita; sama ada watak muktazilah atau watak gelandangan tidak ber-Tuhan yang juga keseorangan - itu adalah watak kita.

Ramai manusia yang pada bibirnya berbuih melontar takbir-takbir panji
sedangkan dalam hatinya dikusuti pelbagai macam penyakit hati; riak, ujub, takbur, tinggi diri.

Ramai manusia di tangannya ada bendera keadilan
sedangkan dia sendiri benci apabila namanya disebut-sebut di muka keadilan.

Jelaslah, mereka adalah manusia-manusia yang memegang watak boneka dunia.

Hidup hanyalah permainan sementara
lalu aku memilih menjadi manusia sederhana
tahu tentang dosa, tahu tentang cinta, tahu tentang panji, dan tahu tentang adil.



.pemula.

No comments:

Post a Comment