2.12.2015

Embun Jumaat. (Memperingati Kehilangan TGNA 12/02/15)

Embun Jumaat membasahi lantai perkabungan
Sayup-sayup suara kumpulan dai yang ingin menjerit
Tetapi ratapan mereka terlebih dahulu disambut malaikat
Kerana masanya telah tiba untuk darjat kemuliaan itu diangkat.


Embun Jumaat menitis dari pucuk rumputan hijau
Rembunnya pepohon yang tunduk mengucap salam
Dan tanah lembap yang turut menangisi sebuah kehilangan
Susuk itu damai dibaluti selembar kain putih seakan-akan dosanya telah jernih dan dia kelihatan tidak sabar menuju negeri abadinya.


Embun Jumaat masih melembap di bawah sinar matahari
Embun itu berharap agar kematian yang tertulis bakal menghidupkan lebih ramai pejuang
Embun Jumaat itu turut berkata kepada aku, bahawa aku telah kehilangan seorang pejuang yang matinya untuk agama,
Dan embun itu bertanya kepada aku, "Apakah jasa kau pula pada agama?"


Lalu, air mata aku runtun bersama embun Jumaat yang masih basah.


Al- Fatihah Tok Guru Nik Aziz
Damailah dikau disana,
Bersama Tuhanmu yang abadi.


.pemula.



No comments:

Post a Comment