Yang bernama luka itu, pedih
Yang bernama cerita itu, luka
Keduanya sebati dalam hati
Keduanya buat jasad mati.
Raikanlah luka dengan pembaringan tenang
Serta rintik-rintik hujan yang menemani kebekuan
Bukan tidak ada manusia untuk bersama senantiasa
Tetapi kerana aku tidak punya ruang untuk mencipta peluang.
Yang bernama sakit itu, kenangan
Yang bernama perih itu, hari ini.
Dan berdiamlah damai aku di atas pembaringan
Sehingga aku berasa setenang-tenangnya kehidupan.
.pemula.
No comments:
Post a Comment