Bahawa hanya Tuhan, yang akan mendakap sedihmu.
Bahawa hanya Tuhan, yang akan mengubati sakitmu.
Bahawa hanya Tuhan, yang akan meneduhkan benakmu.
Bahawa hanya Tuhan, yang akan meredhai lakon opera-mu.
Bahawa hanya Tuhan, yang akan meleraikan kata-katamu menjadi doa paling sepi di hujung daerah walang.
Kau - biarpun ibarat emping-emping padi yang rosak, gugur di ranah tidak diratah, terbang ke udara tidak tertiup, namun tetaplah kau manusia - yang sedalam mana-pun melakukan dosa, maka Dia akan menunggumu setia di cagak Sorga.
Pedulikan. Manusia tidak akan mengerti kerana bukan mereka yang mentakhlikkan jiwamu, yang menelurkan dosamu - tetapi kamu, atas tanggungjawabmu sendiri untuk memadam semua itu dengan percikan insaf.
Tuhan akan tahu itu.
.pemula.
No comments:
Post a Comment