sepiring putih tersenyum balik awan
malu malu melempar cahaya padaku
kaukah tuhan?
tak terlalu terik dan selalu lembut
pada sesiapa dibawahnya
aku menyanyi dengan bayu malam dalam riang
berjaya menemui tuhanku sebelum lena memeluk
pagi pulang
matahari mendatang, bulan bintang hilang menyorok berganti
aku melihatkan matahari
yang menjadikan hari guaku terang
lalu aku bertanya padanya, si mentari pagi;
kaukah tuhan?
aku menari bawah cahaya dalam riang
berjaya menemui tuhanku pagi ini.
matahari pulang, lalu aku menangis
kau bukan tuhanku, bukan?
tuhanku bukan kau, dia, atau dia kan?
tuhanku mencipta semuanya
mencipta gua kelam, mentari garang, bulang terang, patung pincang dan ayah yang curang.
aku menangis bawah nurMu dalm ucap syukur
berjaya menemui Tuhanku selepas malam dan pagi datang kemudian pergi
kau tuhanku, ya Tuhan.
No comments:
Post a Comment