Sebagaimana masa lalu telah aku lalui dengan bijak meskipun terhenyak
Seperti itu masa hadapan yang pasti aku lalui dengan istilah matang dan dewasa
Cuba-cuba mentafsir makna alam dan orang
Kalau-kalau yang tetap salah itu aku, maka aku mohon maaf
Aku ini hanya hamba, bila-bila rasa diri dosa, kadang-kadang rasa lega
Menjadi hamba sehamba-hambanya kepada Dia
Mula mentafsir rahasia takdir yang terkadang bebau sulit
Sambil sedar ada malaikat di kiri dan kanan yang terus mencatit
Ah, aku mahu berubah! Tempikku.
Esok, barangkali aku rebah semula
Sebab aku manusia.
.pemula.
No comments:
Post a Comment