6.25.2015

Kalau Kau Tahu (?)

Kalau kau tahu (?)
Benci itu rindu
Benci itu mendesak aku untuk terus rindu
dan memadam serta berpura-pura menjadi lupa
juga gila.

Kalau kau tahu (?)
Betapa habis kudrat daya-ku demi hanya untuk
melupakan engkau dalam mimpi malam.

Tapi kau zalim
tetap muncul juga
sehingga aku gagal tidur.

Kerana itu aku benci
kerana aku seorang yang mengingati.

Dan kau,
tetap tidak akan tahu itu.


.pemula.

No comments:

Post a Comment