6.30.2015

Perempuan Paling Bahgia.

Dia memanggil aku masuk ke biliknya.

"Kau jangan buat bukan-bukan pada aku," kataku sambil melangkah kaki memasuki biliknya.

Aku tenung matanya. Tapi masih pada padangan yang paling rendah. Kerana aku takut untuk memandang sesiapa dengan pandangan yang tajam (kalau dahulu, ya).

"Baca ini," kata perempuan itu sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

"Apa?" aku menyoal sambil menyambut telefon itu. Dan belum sempat kubaca, perempuan itu telah kecundang dalam tangis.

"Yang kau menangis, kenapa?!" tempikku.

"Aku tak tahu," katanya sambil terus menahan sebak.

Lalu aku memerhatikan bait demi bait kata pada skrin telefonnya. Luahan hati seorang lelaki yang dia pernah katakan sebagai 'almost perfect' itu sedang merisiknya melalui aplikasi watsap.

Aku terdiam. Seperti mana perempuan itu sedang hiba, seperti itu aku juga sedang syahdu. Tetapi kusorok syahdu ku dalam benak paling diam, paling dalam. Jantungku berdesar, membakar.

"Solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Tuhan akan bagi kau jawapan," kataku.

"Kau bukan cari lelaki untuk dijadikan suami. Tetapi, kau cari lelaki yang akan membawa kau dan anak-anak kau ke Syurga," suara aku semakin perlahan.Ada sesuatu yang tersekat di kerongkong rasa.

Dan aku keluar dari biliknya.
Lalu menumpahkan sebal di bawah air pancut kamar mandi.

Kau tahu?
Tiada kebahagiaan paling hebat yang dirasai oleh perempuan, melainkan ada lelaki sejati yang merisiknya untuk dijadikan suri hidup.

Dan aku dapat rasa titis kegembiraan yang dirasai oleh Aisyah r.a. tika Nabi Muhammad menghantar pesanan untuk menjadikannya sebagai isteri.

Allah...
Malam ini aku melihat titis itu mengalir pula pada pipi perempuan di hadapanku.
Bahagianya menusuk, bertebaran.

Sedang aku,
sedang cuba mengelap air mata di bawah pancutan deras
yang selamanya tak akan kering.

Begitu aku terlalu derita dek harap palsu.

Allah....
Maafkan aku, dan maafkan semua jasad yang menyakiti batinku.



.pemula.

No comments:

Post a Comment