Kau... lah...
Orang pertama yang aku sampaikan berita gembira
Selalunya selepas ibu dan ayahku.
Kau... lah...
Orang pertama yang aku sampaikan berita duka
Selalunya selepas awan dan hujan.
Kau... lah...
Orang yang aku harap selalu ada
dalam hela, lelah dan gelora.
Meski kini, kau dihambat
sejuta batu kejauhan
daripada bicaraku.
Menangis mati
dalam sunyi
sepi.
.pemula.
No comments:
Post a Comment