9.13.2015

selendang seorang tua

Di khulasah tunjuniah,
terlihat seorang tua,
Berselendang lusuh meneduhi wajahnya,

wajahnya jernih,
manis meski tidak terlorek senyum,
jatuh pandangannya adalah bayu yang selalu memberi tenang pada jiwa,

*Dia seorang tua,
yang sangat berpada.

dengan langkah pelan dan penuh tertib,
dia membatasi tiap kerikil dan pepasir lewat selawat yang memberkat.
denai kecil itu akhirnya menitipkannya ke khulasah usang,
tempat jari kecilnya membelek layah kitab kuning,
yang makin sukar dibaca eja. 

* Dia seorang tua
yang semakin berusia,

Di situ dia menurunkan segala ilmu,
segala buah fikir dan hemat mesra,
buat anak-anaknya,
para pewaris agama.

* Dia seorang tua 
yang mahu bangsanya berjaya,

disisip angin petang,
sesekali selendangnya jatuh,
lembut memangku rebat kayu,
merebah tak terpeduli,

kerana khusyuknya mendobit manusia,
dari tinta ulamak yang membaja di setiap lontar dan cetak batu.
ratusan tahun sukar nan lalu.

* Dia seorang tua,
dengan naskah yang terlalu berharga.

-rangkaan tahun nanti
pasti warkah kuningnya bertukar ganti,
khulasahnya juga memjulang tinggi,
tholibul ilminya akan menjadi,

namun selenangnya masih di situ,
di rehab kayu seorang guru,
menunggu anak pondoknya bertanyakan ilmu,
sebelum dia pergi berlalu.



No comments:

Post a Comment