Lorek catan 1 : Air mata
Terima kasih buat air mata selalu
menjadi penatara awal semua cerita. Lama
tak aku jatuhkannya pada bahu Tuhan.
Sementelah yang dulu gugur kerana manusia. Sulit sebenarnya bergelar pendidik. Buat kita berfikir dua kali untuk setiap
perkara. Kesan pertama akan terkena
kita, dan kesan dua pada jiwa muda anak didik kita. Buku-buku yang lusuh dan kotor akan
mengotorkan pembacanya. Lagak aku, gudang ilmu yang penuh lecah becah, lalu
buku-bukunya menatara dada muda belia dan kecil dengan sesuatu yang bergelar
hitam. Lalu, aku ditarbiah Tuhan untuk
keluar dari kerubung dosa selekasnya.
Kaget, ralat, bingung. Tuhan
menyeksaku atau menuntunku dengan lembut?
Banyak kali rasanya mata merah kerana
tingkah anak pelajar yang selalu buat hati pecah. Rotan yang membirat di telapak tangan mereka
seakan keras yang tak menumpangkan sakit pada tubuh. Acap kali kesalahan yang sama berulang. Seakan disengajakan untuk memarahkan hati. Akhlaknya, ibadatnya, malas dan
kebiadapannya. Aku harung malam dengan tangis
panjang. Mengenangkan apa salah dalam
membumbu mereka menjadi manusia. Dan aku
temui banyak. Jadi aku ubah gaya teguran
menjadi luar kebiasaan. Nasihat mereka
sebagai seorang kawan. Banyak buku-buku
hati dan psikologi anak-anak dan dewasa yang dibaca. Hati lega seketika apabila metodis itu
berhasil sebermula diekspremenkan kepada anak pelajar. Namun, tak lama. Terkadang aku rasa mengalah adalah langkah
terbaik. Lari dari hakikat
pendidik. Lari jauh agar aku tak
terlibat dalam menangani hati kerana orang lain. Biarlah sama ada asbabnya baik atau
tidak. Aku menyerah.
Tuhan jerat kakiku dari berlari. Kiri kanaN Tuhan uji. Dan semuanya diperantarai oleh manusia. Lalu, mana mungkin aku diam kelu bila aibku
dipertayangkan kepada mereka. Dosa yang
dulu aku sorong kerana malu pada manusia, tapi masih bertarik tali dengan
Allah, Allah uraikan pada pandangan manusia.
Malu, yang malu itu aku. Lalu langkah drastik diambil. Jauhkan diri dari dunia sementara, dan duduk
teleku pada tuhan seketika. Tanya,
tuhan, kau mahu apa sebenarnya.?
Lorek catan 2 : Bertemu pembawa bidara
Dia datang, pembawa bidara dari
syurga. Kawan sebenarnya. Dia yang tak pernah berhubungan dengan lelaki
atas nama persahabatan atau cinta umur awal.
Seusia belasan sudah mampu mencatankan kanvas hidup sendiri. Nanti masa depannya bagaimana dan seumpama
apa. Lalu aku terkoreksi untuk
memerhati, atas landasan apa dia melayari hidup ini. Keluarga dan didikan sebagaimana yang
diterimanya.
Derang.
Pendek nama yang selalu diwartakan bila kami tangkis menangkis dalam
berbicara. Sembanglah topik apa
sekalipun, akan terbit kerat kata ini untuk mengekspresikan setiap yang dia
rasa. Apa Derang?
Sebuah kota
Umpama syurga.
Kota itu bertiang seri dengan
syariat. Batas hawa dan adam yang sangat
dijaga dan diprihatin beratkan. Ianya
kampung, dilaman tenang yang gugur dedaunan hutan yang sama seperti
kampung-kampung lain. Dengan pasar yang
kecil, kedai dan gerai-gerai makanan ringan yang juga kecil. Namun, ditarari dengan sekolah agama yang
besar. Tersangat besar. Besar dari segi jumlah penghuninya, guru
beriktiraf, ilmu agamanya dan yang terlebih besar adalah matlamat islahnya. Matlamat suci itulah yang telah menumbuh
besarkan seorang remaja menjadi penguasa besar.
Penguasa mapan untuk hati sendiri.
Tolak kemaksiatan dengan dulukan peribadatan. Deranglah yang telah mengarca hati si pembawa
bidara.
“Hutan ini mari kita cantas agar jadi
syurga ke depan nanti.” – Ustaz Haji Nik Mat.
-dia
No comments:
Post a Comment