5.17.2014

Mudah Kata, Kerana Bukan Kau yang Rasa.

Senyum kelat meracau udara malam yang pekat. Mudah kata, kerana bukan kau yang rasa. Semalam, dan hampir setiap malam derita itu datang menyapa dan menyeka seisi hilai tawa.

Hatiku lolos dari tangkainya
Jatuh berderap pada lantai
Berkecai-sepai
Sejurus, aku pungut semula
Dengan hujung jari yang tertitik darah pekat.

Seribu tahun takkan mungkin luka itu pulih semula
Selepas siang berarak malam
Dan malam disapa sorot pagi
Serta kokok-kokok ayam dingin
Yang melepaskan gebar hingga habis bererak.

Rupanya, aku telah terbiasa
Ya, mudah kata
Kerana bukan kau yang rasa.



.pemula.

1 comment: